Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging..apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota..dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota..ketahuilah, itulah HATI.. Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Thursday, May 13, 2010
Selamat Hari Ibu
Kek ni sempena hari ibu..:-)
Selamat hari Ibu bt ibu ku tersayang faridah binti Yahaya..Noni amat menyanyangi mama sepenuh hati noni..Terima kasih coz membesarkan,mendidik noni sehingga ke hari ini...jasa mama x kan noni lupa hingga akhir hayat noni..Pengorbanan yang telah mama dan abah lakukan membesarkan kami adik beradik amat lah kami hargai dan terbalas rasanya..X lupa juga kepada ibu mertuaku n ibu2 diseluruh dunia..:-)
Wednesday, May 5, 2010
Dugaan Hidup
KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”
Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)
Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.
Demam + Selsema + Batuk
Monday, May 3, 2010
Muhammad Adli Alrazi
Pandai nyer Adli bwk kete..
Ala sayang anak ibu n ayah ni..
Comelnyer...Muah
Malam tu adli tido ngn nyeyak sekali pas tido dlm buaian , noni pun angkat adli tido atas katil,adli sikit pun x nangis tido ngn Mak lang..Jaga bg susu tido balik...Adli bgn kul 10 pagi..
Hari Sabtu pegi giant ngn mama n adli beli walker n mainan utk adli..Suka betul adli dapat walker baru...pas balik dr giant abg cik dtg kajang coz nak jemput mama alik pantai dalam.Pastu tinggal lah noni,hubby n adli...
Ahad petang Along n family dtg kajang nak jemput Adli , ingat nak antar kat bandar tun razak tp along kata ader kenduri kt kajang so dia terus dtg umah lah..
Sunyi nyer adli dah balik...mizz u syg..:-)
Sunday, May 2, 2010
DOA ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata
nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku au juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
Selamat Hari lahir Syg
kek hari Jadi buat ABANG TERSAYANG...
Balik Kelantan
16/02/2010(Selasa)pas jer solat subuh kami pun b'siap2 nak balik KL, kul 7 pagi kami pun gerak..rasa sonok sgt balik kmpung ramai2..Sampai Kl dlm kul 5 ptg,jem kat bentong..Selama 5 hari balik kampung perasaan noni sgt gembira coz dh lama x balik KB..Alhamdulilah syukur selamat pergi dan selamat pulang..:-)
KFC
Makan Chicken Chop kat Kampung Baru Dengan Family
Tengah menunggu ibu2 budak2 ni b'siap..ibu noni lah lah yg m'jadi pengasuh anak2 kesayangan ni..;-)
Mama dengan menantu sulongnyer..(kak long)
Menunggu makanan sambil bergambar..tgk muka hubby mcm lapar jerk..cian nyer dia (MAMA n HUBBY)
Maklang , Muhammad Lukman Nul Hakim n Muhammad Auzai'e..
Familyku penuh kesabaran menunggu makanan
Mama memeggang Ashraf ..Alhamdulilah kenyang..erm sedap nyer..