Sunday, July 4, 2010

Selamat Hari Lahir Mama Ku Syg.....


Selamat Hari Lahir Mama Ku syg...Semoga Panjang umur dan dimurahkan rezeki..Alhamdulilah kita semua dpt berkumpul 1 keluarga bg m'yambut hari lahir mama..Hari Ahad 04/07/20010 pagi2 lagi noni dah gerak dr kajang ke umah along nak masak untuk hari lahir mama..Noni pg sorang jer coz my hubby t'sgt lah bzy m'guruskan hari terakhir kursus haji di masjid, solat hajat, bc yasin dan doa penutup..Menu hari ni adalah Ayam Percik,Ikan Kembung Bakar,Ikan Keli Bakar + Air Asam yg power..(sedap tul),Ulam,Sambl Belacan,Kari daging, Nasi Putih, Laksa Penang,Laksam dan kek carrot walnut...gambar yg sempat noni ambk..
My Family

Anak2 saudara ku tp x complete set

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Ibu


Kek ni sempena hari ibu..:-)
Selamat hari Ibu bt ibu ku tersayang faridah binti Yahaya..Noni amat menyanyangi mama sepenuh hati noni..Terima kasih coz membesarkan,mendidik noni sehingga ke hari ini...jasa mama x kan noni lupa hingga akhir hayat noni..Pengorbanan yang telah mama dan abah lakukan membesarkan kami adik beradik amat lah kami hargai dan terbalas rasanya..X lupa juga kepada ibu mertuaku n ibu2 diseluruh dunia..:-)

Wednesday, May 5, 2010

Dugaan Hidup

Setiap apa yg berlaku pasti ader hikamhnya..Noni bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kekuatan utk meneruskan hidup ini dgn penuh kesabaran dan ketaatan kpdNya...Ya Allah,kenapa lah manusia x boleh nak beza yg mana baik dan yang mana buruk????Sepatutnya nasihat yang diberi hendaklah dijadikan pedoman n panduan utk meneruskan hidup bukan lah utk meruntuhkan tali persaudaraan yg telah terbina sejak azali lagi..Dengan memberi nasihat dgn niat utk mengajar tak salah ,jgn lah kita anggap teguran tu s'bagai pemusnah dlm hidup kita..Anggaplah teguran @ nasihat tu utk kita terus maju dalam apa jua bidang yg kita ceburi...Fikir2 kan lah.. Walauapapun berlaku hidup mesti diteruskan niat kerana Allah s.w.t..


KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.

Demam + Selsema + Batuk

4/5/10(Selasa)pas jerk balik keje noni terus basuh baju,kemas rumah n siap2 coz nak pegi mengurut kt pantai dalam..badan sakit2..pas jerk ngurut balik langat tgk mak mentua kt kmpg..Dlm kul 11.30 br balik kajang,badan lemah sgt batuk,selsema dan badan panas sgt..Pas solat subuh kepala pening sgt, x larat nk bgn pegi ofis..Pegi klinik dpt MC coz suhu badan naik sgt..Dr bg ubat selsema+batuk+demam+VitaminC..Balik jer klinik terus rehat x larat sgt2..

Monday, May 3, 2010

Muhammad Adli Alrazi

Hari Jummat(30/04/2010) pas jerk balik keje noni terus pegi umah along nak ambik Adli Alrazi bwk balik kajang..kul 5.15 ptg kuar ofis dr putrajaya smpai bndr tun razak kul 5.35 ptg..Sebelum ambik seminggu sebelum noni dah siap2 beli buaian, senang nanti adli nak tido coz dia nak kena tido dlm buaian gak..susah klu x der buaian..Sampai jerk umah along, adli belum balik dr umah pengasuh lagi..rehat2 n mandi kul 8 mlm baru nak gerak balik kajang..nasib baik pampers,susu,baju n kelengkapan adli k.long dah packing..Mama pun ikut balik kajang sekali so x yah lah guna car seat utk bwk adli,mama pegang adli kt sebelah smpi kajang.dlm p'jalanan adli tido jerk..Sebelum balik umah kami singgah Masjid Kajang bwk adli jumpa paklang dia dulu,coz pak lang b'tugas maghrib n isyak pastu ader kuliah lak kt prima saujana,mlm kul 12 br balik(biasa lah cari rezeki utk keluarga)..Pak lang suka sgt tgk ngn adli.Sampai jerk umh adli terus terjaga..ambil tilam adli main ngn adik ipar,mama n mak mentua so boleh noni buat keje apa yg patut..Gambar adli semasa duk di umah noni...


Pandai nyer Adli bwk kete..


Ala sayang anak ibu n ayah ni..

Comelnyer...Muah


Malam tu adli tido ngn nyeyak sekali pas tido dlm buaian , noni pun angkat adli tido atas katil,adli sikit pun x nangis tido ngn Mak lang..Jaga bg susu tido balik...Adli bgn kul 10 pagi..
Hari Sabtu pegi giant ngn mama n adli beli walker n mainan utk adli..Suka betul adli dapat walker baru...pas balik dr giant abg cik dtg kajang coz nak jemput mama alik pantai dalam.Pastu tinggal lah noni,hubby n adli...
Ahad petang Along n family dtg kajang nak jemput Adli , ingat nak antar kat bandar tun razak tp along kata ader kenduri kt kajang so dia terus dtg umah lah..



Sunyi nyer adli dah balik...mizz u syg..:-)

Sunday, May 2, 2010

DOA ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata
nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata- kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurnia kanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku au juga yang Maha
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahk an aku menghadapi segala
cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi
suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Selamat Hari lahir Syg

Selamat hari lahir buat Suamiku sayang ke 28 tahun..Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki..Tiada hadiah yg istimewa yg dpt ayg berikan kt abg,hanya kasih sayang dan kesetiaan yang dapat ayang berikan kt abg..abg, terima kasih kerana menjadi suami kpd ayang hampir 3 tahun kita bersama..ayang bahagia b'sm abg insan yg bergelar suami..Suami yg sentiasa mentaati perintah Allah s.w.t dan memberikan ayang sepenuhnya kebahagian yg tidak ternilai..Ayg amat2 lah b'syukur dapat b'gelar isteri kepada abg..Terima Kasih sayang..Miz u always..Luv u forever..:-)

kek hari Jadi buat ABANG TERSAYANG...